Alasan 2 MP Pas kes tak hadir di Dewan Rakyat.
Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Selain itu beliau juga memberitahu tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini.
"Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu... saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi.
"Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu," jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.
Seorang lagi ahli parlimen, Dr. Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke program tersebut.
"Saya terima sms (sistem pesanan ringkas) lewat petang, ketika itu saya di Sungai Besi dalam perjalanan ke Hulu Langat.
"(Sebagai) tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan (demi) menggantikan Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak hadir,"
Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau cuba lari dari tanggungjawab ekoran kejadian itu.
"Saya bukannya lari tugas," katanya lagi. - HaraMkah
Ini adalah ulasan dari penyokong tegar Pas.
Jawapan Mahfuz Omar menyatakan bahawa beliau berada di Jakarta atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti menjelaskan bahawa Mahfuz tidak memperdulikan sidang parlimen yang sedang berjalan sebaliknya mendahului (mengutamakan) urusan peribadinya sekalipun telah mendapat izin dari Presiden parti.
Persoalannya: dimana prioriti? Anda diberi mandat oleh rakyat dan dibayar gaji dan elaun untuk urusan kepentingan peribadi andakah di luar negara sedangkan di waktu itu anda sepatutnya berada di Dewan Rakyat? Anda tahu bahawa tarikh persidangan Dewan Rakyat, tetapi memilih tarikh yang sama untuk melakukan urusan yang tidak ada kena mengena dengan rakyat yang memilih anda!
Apa urusan peribadi yang hebat sangat sampai terpaksa diutamakan dari kepentingan parti dan negara? Apa sebab yang mendesak sangat sehingga terpaksa melakukannya di masa Dewan rakyat bersidang? Berkahwin? Berubat? Berbomoh? Malah jika bertemu dengan Presiden Susilo pun tidak dikira prioriti.
Soal tidak tahu berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini pun hujjah yang lemah kerana di dalam apa juga situasi, ahli PR perlu "alert". Di medan perang, musuh boleh menyerang tiba-tiba, dan anda tidak ada! Tidakkah anda merasa berdosa?
Jawapan Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi untuk mengganti Nizar Jamaluddin juga tidak boleh di terima. Memalukan. Anda sudah terima SMS tetapi mengabaikannya. Malahan jika anda bagitahu pengerusi majlis anda dan sidang hadirin yang ada pun bahawa anda perlu ke Parlimen kerana urusan penting, penganjur dan para hadirin boleh menerimanya kerana tanggungjawab di Palimen itu lebih utama untuk anda tunaikan. Anehnya Nizar boleh pula berada di Dewan rakyat.
Blog anda pun dah berbulan tak dikemaskinikan.
Inikah sikap Ahli Parlimen PAS yang konon ingin menjadikan PAS sebuah "kerajaan yang dinanti"? Tak tahu meletakkan keutamaan?
Rakyat menasihatkan anda: Kedua-dua tarik diri dari bertanding di PRU akan datang.
p/s: Mengapa Mahfuz memberikan alasan bodoh dan lemah kepada semua pencacai Pas ? Dia dah tahu bahawa semua penganut ajaran Pas bukannya tahu berfikir pun, apatah lagi untuk membuat pertimbangan akal waras.
Read more...




